Pages

Monday, May 17, 2010

MALAM SAMBUTAN HARI BELIA

Pada 16 Mei 2010, Persatuan Belia MBFM Jengka 7 telah mengadakan jamuan barbeque sempena menyambut hari belia. Jamuan tersebut juga mendapat kerjasama dari beberapa orang penerokawati. Walaupun majlis bermula agak lewat berikutan masalah cuaca, namun itu tidak menghalang sambutan meriah dari ahli-ahli belia. Hampir 80 orang tetamu telah hadir pada malam tersebut. Untuk memeriahkan lagi majlis, karaoke juga telah disediakan. Majlis tamat pada jam 12 tengah malam. Terima kasih tidak terhingga kepda mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut terutama kepada En. Basiron sekeluarga, Mr Right Trading dan En. Zaidan Salleh

Saturday, May 15, 2010

Gotong Royong di Sekolah Kebangsaan Jengka 7

Aktiviti Belia Jengka 7 siri 2

Belia Jengka 7 semakin aktif! Persatuan Belia MBFM Jengka 7 semakin aktif dengan menubuhkan Skuad Futsal Bawah 15 Tahun yang dianggotai seramai 15 orang termasuk 2 orang adalah peserta dari Felda Jengka 6. Selain itu Pasukan Bola Jaring juga semakin giat menjalankan latihan. Pada malam hari pula, kumpulan Nasyid giat menjalani latihan bagi menghadapi pertandingan yang akan diadakan di Jengka 8 pada 29 Mei 2010. Diharapkan gaya hidup sihat ini dapat berterusan hingga masa hadapan. HIDUP BELIA JENGKA 7!!!!!

Gotong Royong Di Tanah Perkuburan Jengka 7 Anjuran Belia Jengka 7

Gotong royong ini diadakan pada 14.05.2010 bertujuan untuk membersihkan kawasan perkuburan Jengka 7. Hampir 30 orang belia turut serta dalam gotong royong ini dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari Badan Khairat Kematian Jengka 7. Semoga gotong royong seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Lawatan Penilaian Keceriaan Kampung

Lawatan Penilaian Keceriaan Kampung oleh unit penilai keceriaan Felda telah dijalankan pada 13 Mei 2010. Seramai 5 orang penilai telah hadir pada hari tersebut. Turut hadir Yang Berhormat Dato' Tan Aminuddin selaku tetamu kehormat. Lawatan ini dijalankan bertujuan untuk menilai keceriaan Felda Jengka 7 untuk pertandingan keceriaan FELDA Peringkat Kebangsaan. Ini kerana Jengka 7 tersenarai antara 5 buah FELDA tercantik di Malaysia. Pertandingan ini dianjurkan oleh FELDA yang mana menawarkan 1 Juta ringgit Malaysia kepada johan FELDA tercantik.

Wednesday, May 5, 2010

SEJENAK BERTANDANG..

Pada 1 MEI 2010, warga MBFM Jengka 7 telah menerima lawatan dari En. Jamil (Naib Pengerusi MBFJ), EN. Zaini (Penolong Pegawai KBS) dan En. Fazli (Pengerusi Kelab Rakan Muda MBFJ). Lawatan ini sempena majlis perasmian dan penutupan pertandingan futsal yang berlangsung di Jengka 7. Tetamu kehormat ini juga di jemput untuk melawat pejabat belia yang baru ditubuhkan. Pelbagai idea baru dan pendapat dibincangkan. Jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir. Semoga kerjasama yang erat ini mampu memberi manfaat kepada semua.






























PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP ANJURAN MBFM CAWANGAN JENGKA 7

Pertandingan futsal tertutup anjuran Persatuan Belia MBFM Cawangan Jengka 7 telah berlangsung di padang awam Jengka 7 pada 1 Mei 2010. Penyertaan terbuka kepada belia Jengka 7 sahaja dan sebanyak 8 kumpulan iaitu seramai 56 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut. Manakala 12 orang dikalangan Ahli Jawatankuasa MBFM Jengka 7 bertindak sebagai urusetia bagi melancarkan lagi perjalanan pertandingan tersebut. Pertandingan bermula seawal 8.00 pagi. Pertandingan kali ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B, dimana perlawanan tersebut dijalankan serentak. Pengadil terdiri dari saudara Yazid, saudara Zailan b. Abu dan Saudara Mohd Hasrul B. Bani. Perjalanan pertandingan berjalan lancar dan berakhir pada jam 5.00pm. Majlis perasmian dan penutupan majlis dilakukan oleh En. werda B. Bustaman selaku Pengerusi MBFM jengka 7. Turut hadir pada majlis ini adalah En. Jamil (Naib Pengerusi MBFJ), En Zaini (Penolong Pegawai KBS), En. Fazli (Pengerusi Kelab Rakan Muda MBFJ) dan En. Husien B. Ahmad (Pengurus FELDA Jengka 7).