Pages

Monday, July 25, 2011

KARNIVAL MESRA FELDA JENGKA 7













karnival mesra Felda Jengka 7 telah berlangsung pada 22,23 dan 24 julai 2011. karnival ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk jengka 7. terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan. di sini disertakan aktiviti yang dijalankan sepanjang program Mesra felda jengka 7.
22/7/2011: Jumaat
Ceramah Agama : Tempat-Masjid jengka 7
Jam -8.30 malam

23/7/2011 : Sabtu
Futsall Tertutup : Jam – 8.00 am
Tempat- Padang awam Jengka 7
Saringan pertandingan nyanyian(karaoke)
: Jam-9.00 am
: Tempat- Dewan sri kenanga Jengka 7
Tarian,Nasyid dan Final Pertandingan nyanyian (karaoke)
: Jam- 8.30 pm
: Tempat- Dewan sri kenanga Jengka

24/7/2011: Ahad
Pameran Kratangan,kuih dan Gubahan
Jam: 8.30 am
Tempat- Dewan sri kenanga Jengka 7
Sukaneka dewasa dan Kanak-kanak
Jam: 8.30 am
Tempat- Dewan sri kenanga Jengka 7
Pertandingan Memancing
Jam: 8.30 am
Tempat: Paya sebelah kolam pak yob
LAIN-LAIN AKTIVITI:
Teka biji petola
Motor Lambat
Final Karom
Sepak raga ratus
Sepak bola tutup mata

terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bgi menjayakan program ini.. Tahniah

Wednesday, July 20, 2011

kursus Pembangunan Kemahiran sukarelawan peringkat ngeri Pahang









kursus pembangunan kemahiran sukarelawan peringkat negeri Pahang telah berlangsung pada 19-21 Jun yang lalu bertempat di Balok, Kuantan. Kursus ini dijalankan dengan kerjasama Kelab Rakan muda Daerah maran. MBFM Cawangan Jengka 7 telah menghantar 4orang wakil bagi menyertai program ini. program ini dijalankan dengan tujuan untuk meningkatkan jati dan sahsiah diri disamping meningkatkan semangat sukarelawan dan bersatupadu dikalangan remaja. semoga Kursus sebegini lebih kerap dijalankan.

Thursday, June 23, 2011

Projek Transform MBFJ :: Cameron Highland 2011

pada 17-19.06.2011 telah berlangsung Projek Transform MBFJ 2011 bertempat di Cameron Highland. seramai 80 peserta terdiri dari ahli jawatankuasa tertinggi telah dijemput untuk menyertai program ini. projek ini menghimpun seluruh wakil ahlijawatankuasa Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Jengka. setiap felda perlu menghantar 2 orang peserta dan Program ini berlangsung di Star Regency Hotel Cameron. program ini bertujuan bagi memberi anjakan paradigma dikalangan ahlijawatankuasa bersesuaian dengan tema program PROJEK TRANFORM MBFJ. program ini benar2 memberi manfaat kepada semua. semoga program seperti ini lebih banyak di anjurkan untuk kebaikan bersama.

Saturday, June 11, 2011

LIGA SUKAN UNTUK SEMUA

pada 15 MEI 2011 MBFMJ7 telah menghantar wakil untuk pertandingan futsall LIGA SUKAN UNTUK SEMUA yang telah berlangsung di Kompleks Rakan muda Maran. MBFMJ7 hanya dapt melayakkan diri ke peringkat separuh akhir manakala Johan pertandingan di menangi oleh Belasahan FC dari Jengka 5. Teruskan usaha...

PESTA FUTSALL TERBUKA LELAKI DAN WANITA FELDA JENGKA 3 2011

Pada 12.2.2011 MBFMJ7 telah menghantar wakil bagi perlawanan PESTA FUTSALL TERBUKA LELAKI DAN WANITA FELDA JENGKA 3 2011 anjuran KRT SRI DAHLIA Jengka 3. MBFMJ7 telah menghantar sebanyak dua pasukan untuk perlawanan kali ini namun hanya mampu melayakkan diri ke separuh akhir. JUTAAN terima kasih kepada MBFMJ7 kerana telah menyediakan segala peruntukan kewangan. Terima Kasih tak terhingga juga kepada CCJ7 Enterprise kerana menyediakan khidmat pengangkutan dan makan minum untuk peserta.

Tuesday, January 18, 2011

KARNIVAL IKTIRAF.. MBFM J7 JUARA PERTANDINGAN ANDAMAN

Pada nov 2010 yang lepas pihak MBFM Jengka 7 telah menghantar wakil bagi pertandingan andaman pada karnival iktiraf yang melibatkan penyertaan dari seluruh wilayah jengka pahang. peserta kami Rudiana Binti Rumalan dengan model pengantinnnya NurFariha Adnan 15Tahun telah berjaya menewaskan lebih 6 perserta lain yang tidak kurang hebatnya. Di sini dilampirkan foto-foto kemenangan pertandingan tersebut.

Thursday, October 21, 2010

BELIA JENGKA 7 JOHAN PERTANDINGAN KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA PARLIMEN MARAN 2010








KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA PARLIMEN MARAN 2010 berlangsung pada 16-17 oktober 2010 telah disertai oleh 52 pasukan dan MBFM cawangan Jengka 7 telah menghantar 3 pasukan dalam kejohanan tersebut. Dua pasukan ke saringan akhir iaitu junior FC dan Desa Che OK. Namun begitu satu pasukan sahaja yang berjaya memasuki peringkat akhir iaitu Desa Che OK. Desa Che Ok telah berjaya menumpaskan Tarantula dengan 3-0 pada peringkat akhir dan dinobatkan sebagi JUARA bagi kejohanan peringkat Parlimen Maran. Tahniah kepada TEAM DESA CHE OK dan semua yang terlibat.