Pages

Thursday, October 21, 2010

BELIA JENGKA 7 JOHAN PERTANDINGAN KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA PARLIMEN MARAN 2010








KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA PARLIMEN MARAN 2010 berlangsung pada 16-17 oktober 2010 telah disertai oleh 52 pasukan dan MBFM cawangan Jengka 7 telah menghantar 3 pasukan dalam kejohanan tersebut. Dua pasukan ke saringan akhir iaitu junior FC dan Desa Che OK. Namun begitu satu pasukan sahaja yang berjaya memasuki peringkat akhir iaitu Desa Che OK. Desa Che Ok telah berjaya menumpaskan Tarantula dengan 3-0 pada peringkat akhir dan dinobatkan sebagi JUARA bagi kejohanan peringkat Parlimen Maran. Tahniah kepada TEAM DESA CHE OK dan semua yang terlibat.

Saturday, June 19, 2010

KEM REKREASI TAHAP 1

Kursus Rekreasi tahap 1 bagi tahun 2010 di anjurkan oleh Kementerian belia dan sukan telah diadakan pada 16-18 jun 2010 baru-baru ini membabitkan seramai 47 orang peserta yang terdiri dari wakil daerah maran dan kuantan . manakala MBFM Jengka 7 turut menghantar wakil seramai 3 orang bagi menjayakan program ini. kursus ini dijalankan di Kem PLKN PENOR. terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini berlangsung antaranya berkayak, water confident, asas ikatan tali dan sebagainya. Pihak MBFM mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada KBS Maran kerana memberi ruang kepada wakil belia MBFM jengka 7 untuk menyertai kem sebegini. diharapkan pihak KBS dan MBFM Jengka 7 dapat berkerjasama dilain masa dan aktiviti.




























































Monday, May 17, 2010

MALAM SAMBUTAN HARI BELIA

Pada 16 Mei 2010, Persatuan Belia MBFM Jengka 7 telah mengadakan jamuan barbeque sempena menyambut hari belia. Jamuan tersebut juga mendapat kerjasama dari beberapa orang penerokawati. Walaupun majlis bermula agak lewat berikutan masalah cuaca, namun itu tidak menghalang sambutan meriah dari ahli-ahli belia. Hampir 80 orang tetamu telah hadir pada malam tersebut. Untuk memeriahkan lagi majlis, karaoke juga telah disediakan. Majlis tamat pada jam 12 tengah malam. Terima kasih tidak terhingga kepda mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut terutama kepada En. Basiron sekeluarga, Mr Right Trading dan En. Zaidan Salleh

Saturday, May 15, 2010

Gotong Royong di Sekolah Kebangsaan Jengka 7

Aktiviti Belia Jengka 7 siri 2

Belia Jengka 7 semakin aktif! Persatuan Belia MBFM Jengka 7 semakin aktif dengan menubuhkan Skuad Futsal Bawah 15 Tahun yang dianggotai seramai 15 orang termasuk 2 orang adalah peserta dari Felda Jengka 6. Selain itu Pasukan Bola Jaring juga semakin giat menjalankan latihan. Pada malam hari pula, kumpulan Nasyid giat menjalani latihan bagi menghadapi pertandingan yang akan diadakan di Jengka 8 pada 29 Mei 2010. Diharapkan gaya hidup sihat ini dapat berterusan hingga masa hadapan. HIDUP BELIA JENGKA 7!!!!!

Gotong Royong Di Tanah Perkuburan Jengka 7 Anjuran Belia Jengka 7

Gotong royong ini diadakan pada 14.05.2010 bertujuan untuk membersihkan kawasan perkuburan Jengka 7. Hampir 30 orang belia turut serta dalam gotong royong ini dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari Badan Khairat Kematian Jengka 7. Semoga gotong royong seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Lawatan Penilaian Keceriaan Kampung

Lawatan Penilaian Keceriaan Kampung oleh unit penilai keceriaan Felda telah dijalankan pada 13 Mei 2010. Seramai 5 orang penilai telah hadir pada hari tersebut. Turut hadir Yang Berhormat Dato' Tan Aminuddin selaku tetamu kehormat. Lawatan ini dijalankan bertujuan untuk menilai keceriaan Felda Jengka 7 untuk pertandingan keceriaan FELDA Peringkat Kebangsaan. Ini kerana Jengka 7 tersenarai antara 5 buah FELDA tercantik di Malaysia. Pertandingan ini dianjurkan oleh FELDA yang mana menawarkan 1 Juta ringgit Malaysia kepada johan FELDA tercantik.

Wednesday, May 5, 2010

SEJENAK BERTANDANG..

Pada 1 MEI 2010, warga MBFM Jengka 7 telah menerima lawatan dari En. Jamil (Naib Pengerusi MBFJ), EN. Zaini (Penolong Pegawai KBS) dan En. Fazli (Pengerusi Kelab Rakan Muda MBFJ). Lawatan ini sempena majlis perasmian dan penutupan pertandingan futsal yang berlangsung di Jengka 7. Tetamu kehormat ini juga di jemput untuk melawat pejabat belia yang baru ditubuhkan. Pelbagai idea baru dan pendapat dibincangkan. Jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir. Semoga kerjasama yang erat ini mampu memberi manfaat kepada semua.